PENDEKATAN FIQH AL-TAYSĪR DALAM RUKUN QAWLĪ SOLAT MUALAF: ANALISIS MENURUT MAZHAB SYĀFIʻĪ
Keywords:
Fiqh al-Taysīr, Mualaf, Rukun Qawlī, Mazhab Syāfiʻī, IʿjāzAbstract
Fiqh taysīr merupakan prinsip asas dalam Islam yang menegaskan bahawa pelaksanaan hukum syarak perlu mengambil kira kemampuan dan keadaan sebenar mukalaf. Walau bagaimanapun, kajian yang meneliti secara khusus aplikasi prinsip ini dalam rukun qawlī solat bagi mualaf masih terhad, khususnya dalam kerangka mazhab Syāfiʻī. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis aplikasi fiqh taysīr dalam rukun qawlī solat bagi mualaf di Malaysia melalui analisis teks turath. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis kepustakaan terhadap karya-karya muktabar mazhab Syāfiʻī. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bacaan yang mempunyai nilai iʿjāz seperti surah Fatihah tidak boleh digantikan dengan terjemahan, sebaliknya hanya boleh digantikan dengan ayat al-Quran yang lain. Manakala bacaan yang tidak mempunyai nilai iʿjāz seperti takbīratul ihrām, tasyahhud, selāwat dan salām dibenarkan terjemahannya secara sementara dalam keadaan keuzuran yang nyata. Kajian ini turut mendapati bahawa rukhsah yang diberikan bersifat peralihan dan terikat dengan kewajipan pembelajaran berterusan. Sumbangan utama kajian ini ialah cadangan satu kerangka modul pembelajaran ibadah solat secara berperingkat yang mengintegrasikan prinsip taysīr sebagai asas pedagogi, khusus untuk diaplikasikan oleh institusi bimbingan mualaf seperti PERKIM dan pusat dakwah.