PERANAN PEMPENGARUH DIGITAL TIKTOK DALAM KESEDARAN INDUSTRI HALAL: SATU TINJAUAN NARATIF

Authors

  • Fitri Adanan Master's Candidate of Islamic Studies, Faculty of Islamic Studies and Arabic, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Author
  • Siti Nuroni Mohamed Faculty of Usuluddin and al-Quran & Sunnah, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator
  • Kamariah Abd Rahman Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator
  • Nurul Fazlina Mat Zin Core Studies, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator
  • Noorhanis Amran Core Studies, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator

Keywords:

Peranan, Pempengaruh, TikTok, Halal, Tinjauan Naratif

Abstract

Dalam era digital yang kian berkembang pesat, media sosial seperti TikTok telah menjadi medium tumpuan dalam penyebaran maklumat berkaitan pelbagai aspek kehidupan, termasuk industri halal. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan pempengaruh digital di TikTok dalam meningkatkan kesedaran terhadap industri halal. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan memberi tumpuan kepada pempengaruh digital yang aktif dan mempunyai jumlah pengikut yang signifikan dalam penghasilan kandungan berkaitan produk, premis dan perkhidmatan halal. Data kajian diperoleh melalui pemerhatian terhadap kandungan digital, gaya penyampaian serta bentuk interaksi antara pempengaruh dan pengikut di platform TikTok. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan pempengaruh digital TikTok sebagai medium penyampaian maklumat berkaitan industri halal dapat dikenal pasti melalui tiga elemen utama, iaitu kreativiti dalam penyampaian kandungan halal, bentuk interaksi serta penglibatan pengikut, dan menghubungkan pengikut kepada pihak berautoriti halal. Kajian ini turut mendapati bahawa akaun TikTok terpilih memainkan peranan signifikan dalam mempromosikan kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap logo halal, pensijilan halal dan premis halal. Walau bagaimanapun, cabaran seperti risiko penyebaran maklumat halal yang tidak tepat, kekeliruan berkaitan status pensijilan, serta keterbatasan format video pendek dalam menghuraikan isu pengurusan halal secara mendalam turut dikenal pasti. Meskipun begitu, platform TikTok berpotensi untuk menjangkau audiens yang luas, meningkatkan kesedaran pengguna, serta membina komuniti digital yang menyokong pembangunan industri halal secara mampan. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran mendalam bagaimana pempengaruh digital menggunakan TikTok untuk membangkitkan kesedaran tentang industri halal khususnya dalam kalangan generasi muda.

Published

2026-06-30

How to Cite

PERANAN PEMPENGARUH DIGITAL TIKTOK DALAM KESEDARAN INDUSTRI HALAL: SATU TINJAUAN NARATIF. (2026). AHKAMICA, 2((1), 16-30. https://fsm.kias.edu.my/journal/index.php/ahkamica/article/view/16