ANALISIS SYARAT-SYARAT PENGAMALAN KAEDAH MURĀʿĀH AL-KHILĀF

Authors

  • Hamidi Abdul Ghani Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Author
  • Abdul Azib Hussain Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator

Keywords:

Mura‘āh al-Khilāf, Ihtiyat, Wara‘, Fiqh Perbandingan, Ijma’

Abstract

Kajian ini membincangkan kaedah mura‘āh al-khilāf iaitu meraikan pendapat yang berbeza daripada mazhab lain. Ia sebagai prinsip penting dalam fiqh yang berasaskan ihtiyat, wara‘ dan pemeliharaan kesatuan umat Islam. Latar belakang kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian ijtihad boleh menimbulkan pertikaian sekiranya tidak diurus dengan prinsip yang tepat. Permasalahan kajian tertumpu pada penentuan asas pensyariatan, situasi khilaf yang diambil kira serta syarat-syarat pengamalannya agar tidak membawa kepada talfiq yang tercela atau pelanggaran ijmak dan sunnah yang sahih. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan analisis syarat-syarat pengamalan kaedah mura’ah al-khilaf yang dibahaskan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kepustakaan terhadap dalil al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan athar sahabat serta pandangan fuqaha pelbagai mazhab. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini disyariatkan berasaskan prinsip berhati-hati dan mengangkat kesukaran, serta diaplikasikan dengan melakukan atau meninggalkan sesuatu amalan menurut situasi khilaf yang berlaku. Kajian ini merumuskan bahawa mura‘āh al-khilāf merupakan mekanisme fiqh yang memperkukuh toleransi, menjaga maqasid syariah dan mengelakkan perpecahan.

Published

2026-06-30

How to Cite

ANALISIS SYARAT-SYARAT PENGAMALAN KAEDAH MURĀʿĀH AL-KHILĀF. (2026). AHKAMICA, 2((1), 31-52. https://fsm.kias.edu.my/journal/index.php/ahkamica/article/view/18