INSTRUMEN AL-ISTIQRAʾ AL-NAQIS SEBAGAI METODOLOGI PENGESAHAN URUF DALAM PENETAPAN NISAB ZAKAT EMAS PERHIASAN: KAJIAN DALAM MAZHAB SYAFIE

Authors

  • Mohd Azhar Abdullah Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Author
  • Nurul Akma Mohamed Fakulty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator
  • Lokmal Hakim Che Hassan Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator
  • Ahmad Syakir Mohd Nassuruddin Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator

Keywords:

Al-Istiqraʾ al-Naqis;, Uruf;, Nisab Zakat Emas Perhiasan;, Mazhab Syafie;, Epistemologi Fiqh

Abstract

Penetapan nisab zakat emas perhiasan (NZEP) dalam pentadbiran zakat di Malaysia memperlihatkan perbezaan yang ketara antara negeri, meskipun kesemuanya berpaksikan Mazhab Syafie. Variasi ini bukan hanya berpunca daripada faktor ekonomi, demografi atau adat pemilikan emas, tetapi turut disebabkan oleh ketiadaan kerangka metodologi yang seragam dalam mengesahkan uruf muktabar (‘urf mu’tabar) sebagai asas penentuan hukum. Kajian ini memperkenalkan Instrumen al-Istiqraʾ al-Naqis sebagai metodologi usuli bagi mengesahkan piawaian uruf yang sahih dalam penetapan NZEP menurut Mazhab Syafie. Menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis kandungan terhadap karya turath Syafie dan dokumen pentadbiran zakat negeri, kajian ini menjelaskan bagaimana proses al-Istiqraʾ al-Naqis berperanan mengumpulkan data empirikal secara sistematik bagi mencapai tahap bukti al-zann al-rajih yang diiktiraf dalam mazhab. Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan instrumen ini menyediakan asas ilmiah yang kukuh, menggabungkan disiplin usul fiqh dengan metod penyelidikan lapangan bagi menilai dan memiawakan uruf dalam konteks semasa. Implikasinya, pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh keabsahan epistemologi hukum zakat, tetapi juga menawarkan garis panduan praktikal kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam penyelarasan fatwa dan penetapan nisab yang lebih telus, adil dan diyakini masyarakat.

Published

2025-12-30

How to Cite

INSTRUMEN AL-ISTIQRAʾ AL-NAQIS SEBAGAI METODOLOGI PENGESAHAN URUF DALAM PENETAPAN NISAB ZAKAT EMAS PERHIASAN: KAJIAN DALAM MAZHAB SYAFIE. (2025). AHKAMICA, 1((1), 1-24. https://fsm.kias.edu.my/journal/index.php/ahkamica/article/view/2