KESEIMBANGAN IBAHAH  DAN TAḤRĪM BERDASARKAN MAQASID SYARIAH

Authors

  • Uwais Aqili Mohd Zain Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Author
  • Mohd Ramizu Abdullah Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator
  • Rosmini Mohd Zinon Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator

Keywords:

Al-Ibāhah;, al-Taḥrīm;, Maqasid al-Syariah;, Flexibility of Jurisprudence;, al-Taysīr

Abstract

Makalah ini membincangkan keseimbangan antara ibāḥah (keharusan) dan taḥrīm (pengharaman) dalam hukum Islam berdasarkan kerangka maqasid syariah. Kajian ini berasaskan pemahaman bahawa syariat Islam sebagai wahyu Ilahi bersifat tetap dan tidak berubah, manakala fiqh sebagai kefahaman manusia terhadap syariat berkembang melalui proses ijtihad. Dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan pembacaan tematik terhadap karya-karya usul fiqh dan maqasid syariah, kajian ini meneliti prinsip hukum asal ibāḥah, rasional taḥrīm serta peranan maqasid syariah sebagai neraca penilaian maslahah dan mafsadah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseimbangan antara keluasan ibāḥah dan ketegasan taḥrīm membolehkan hukum fiqh menangani perubahan realiti semasa secara berdisiplin tanpa menjejaskan prinsip asas syariat. Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan berasaskan maqasid penting bagi memastikan penerapan hukum Islam kekal adil, seimbang dan berteraskan tujuan pensyariatan.

Published

2025-12-23

How to Cite

KESEIMBANGAN IBAHAH  DAN TAḤRĪM BERDASARKAN MAQASID SYARIAH. (2025). AHKAMICA, 1((1), 25-42. https://fsm.kias.edu.my/journal/index.php/ahkamica/article/view/4