PRINSIP KESUSILAAN DALAM BERPAKAIAN MENURUT AGAMA SAMAWI: KERANGKA NILAI UNTUK DASAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA

Authors

  • Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Author
  • Mohd Azhar Abdullah Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator
  • Nordin Mat Piah Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator
  • Rosliza Ismail Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Translator

Keywords:

Kesusilaan;, Pakaian;, Agama samawi;, Pihak Berkuasa Tempatan

Abstract

Kesusilaan berpakaian dalam tradisi agama Samawi mencerminkan nilai-nilai rohani dan moral yang menjadi asas kepada pembinaan masyarakat berakhlak. Dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk, isu berpakaian sering menjadi titik pertindihan antara kebebasan individu, sensitiviti agama dan tanggungjawab sosial. Kajian ini meneliti prinsip kesusilaan berpakaian dalam tiga agama Samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi bagi membentuk satu kerangka nilai yang boleh dijadikan dasar normatif kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam merangka peraturan berpakaian awam. Analisis ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian teks-teks keagamaan utama (al-Qur’an, hadis, Perjanjian Baru dan Talmud) serta sumber teologi moral dan penulisan akademik kontemporari. Dapatan menunjukkan bahawa ketiga-tiga agama menegaskan pakaian bukan sekadar simbol lahiriah, tetapi cerminan kesedaran rohani terhadap Tuhan dan penghormatan terhadap diri serta masyarakat. Empat nilai kesusilaan yang dikongsi bersama ialah: i) kesederhanaan dan penghindaran keterlaluan, ii). kawalan nafsu serta batas pandangan, iii). penghormatan terhadap maruah individu dan komuniti, dan iv). kesedaran akan kehadiran Tuhan dalam kehidupan. Kajian ini mencadangkan nilai-nilai kesusilaan ini diterjemahkan dalam bentuk dasar awam berpakaian yang lebih beretika, inklusif dan sejagat, sesuai dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan dan semangat masyarakat berbilang agama di Malaysia. Implikasi kajian memberi panduan kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk menggubal peraturan berpakaian berasaskan prinsip moral sejagat yang diiktiraf oleh ketiga-tiga agama Samawi tanpa menafikan kepelbagaian budaya tempatan.

Published

2025-12-23

How to Cite

PRINSIP KESUSILAAN DALAM BERPAKAIAN MENURUT AGAMA SAMAWI: KERANGKA NILAI UNTUK DASAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA. (2025). AHKAMICA, 1((1), 43-60. https://fsm.kias.edu.my/journal/index.php/ahkamica/article/view/5