PENDEKATAN IJTIHAD DALAM PENENTUAN HUKUM ISLAM KONTEMPORARI

Authors

  • Mohd Saiba Yaacob Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS) Author

Keywords:

Ijtihad Kontemporari,, Perubahan Uruf dan Maslahah;, Ijtihad Intiqa’i;, Ijtihad Insha’i

Abstract

Perkembangan realiti semasa yang melibatkan perubahan sosial, ekonomi dan teknologi menimbulkan persoalan hukum baharu yang tidak dibincangkan secara langsung dalam karya-karya fiqh klasik. Kecenderungan masyarakat untuk kembali terus kepada al-Quran dan al-Sunnah tanpa memahami metodologi ijtihad, serta sikap taqlid terhadap pandangan lama tanpa menilai semula dalil dan maslahah, telah mewujudkan kekeliruan dalam pentakrifan hukum Islam semasa. Sorotan literatur menunjukkan bahawa perbahasan ulama kontemporari seperti al-Qaradawi, al-Alwani dan Ibn Rushd lebih menumpukan isu-isu terpisah, namun masih kekurangan satu kerangka komprehensif yang menggabungkan tiga pendekatan utama ijtihad secara sistematik. Artikel ini bertujuan mengisi kelompangan tersebut dengan merumuskan model ijtihad semasa berdasarkan tiga kategori: perubahan ‘uruf dan maslahah, ijtihad intiqa’i melalui pentarjihan pandangan fuqaha, serta ijtihad insha’i dalam menghasilkan hukum baharu. Kajian ini menggunakan metode kualitatif menerusi analisis kandungan teks klasik dan kontemporari serta penilaian perbandingan terhadap dalil, realiti dan maqasid syariah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga pendekatan ijtihad tersebut saling melengkapi dan mampu menyelesaikan pelbagai persoalan hukum moden seperti saksi wanita, miqat bagi jemaah udara, tanah teroka, zakat moden dan aplikasi sistem takaful. Artikel ini memberikan nilai tambah penting kepada institusi fatwa, agensi kerajaan dan badan penggubal dasar dalam merangka garis panduan hukum yang lebih responsif, berautoriti dan berteraskan maqasid syariah.

Published

2025-12-31

How to Cite

PENDEKATAN IJTIHAD DALAM PENENTUAN HUKUM ISLAM KONTEMPORARI. (2025). AHKAMICA, 1((1), 97-114. https://fsm.kias.edu.my/journal/index.php/ahkamica/article/view/8